Tuesday, 5 March 2013

Mari Mengenali Basikal Kita

Basikal Mountain Bike adalah seperti sebuah PC. Kita boleh memasangnya secara custom satu persatu menggunakan komponen dari pelbagai jenama sehingga ke ‘spoke nipple’ yang paling kecil.
Untuk memudahkan upgrade atau menukar komponen-komponen tertentu, adalah lebih baik untuk kita mengetahui nama-nama bagi komponen tersebut. Ini untuk memudahkan kita berkomunikasi dengan pemilik kedai basikal berkaitan barangan yang kita mahukan.

Apa ada pada sebuah Hardtail?

Rajah di bawah menunjukkan senarai nama-nama komponen yang ada pada sebuah basikal hardtail:
Terdapat 2 jenis brek mountain bike yang popular iaitu V-brake (seperti rajah di atas) dan juga Disc-brake (seperti rajah di bawah). Sementara ada 2 jenis lever iaitu brake dan shifter lever.

Groupset

Terdapat 1 istilah yang sering digunakan pada set kumpulan komponen. Ia untuk memudahkan menukar keseluruhan set berkenaan. Set komponen ini dipanggil sebagai Groupset. Ia biasanya merangkumi:
  • Crank
  • Brake
  • Shifter
  • Derailleur
  • Hub
  • Cassette
  • Pedal

Suspension & Shock

Suspension pada bahagian depan basikal lebih mudah dipanggil sebagai fork (walaupun ada yang memanggil shock absorber, front shock). Manakala suspension basikal di bahagian belakang dipanggil shock atau rear shock. Ada 2 jenis rear shock yang popular iaitu ‘air’ dan ‘coil’ (spring).

Basikal yang mempunyai fork tanpa sebarang suspension dipanggil sebagai Rigid. Basikal dengan hanya suspension hadapan dipanggil Hardtail. Manakala basikal dengan suspension hadapan dan belakang dipanggil sebagai Full Suspension.

No comments:

Post a Comment