Tuesday, 5 March 2013

Jamboree @ Sungai Buloh Anjuran Saujana Utama Cycling Club

Para peminat aktiviti luar rumah basikal gunung dijemput melayani trek di sekitar Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh pada 5 Mei 2013. Trek ini diklasifikasikan sesuai untuk pemula dan pertengahan menampilkan permukaan laluan bertar, jejak tunggal, jalan ladang, merentas sungai dan kawasan terbuka - pastikan anda membawa payung ye, buat teduhan masing-masing - sejauh lebih 40 km pasti menguja. Disifatkan tidak terlalu sukar, tetapi percayalah, skil anda di laluan tunggal dalam hutan akan diuji secukupnya nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama meriahkan jamboree sulung Sutama Cyclo ini demi merancakkan pesada basikal gunung dan jalinan ukhuwah sesama pengayuh dan pencinta basikal gunung.


 
 
 

Jadi, jangan ketinggalan ok...nyesal kalau tak!

**Ehsan daripada http://sutamacyclo.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment