Sunday, 10 March 2013

Kayuhan @ Altantuya Trail #1

Salam semua (setiap pembukaan penulisan mesti kena bagi salam dulu kan..hehe)

Akhirnya hujung minggu pun tiba..hari yang ditunggu oleh setiap rider Ambiyak Cycling Club..Lepas penat otak bekerja untuk 5 hari, inilah masanya untuk segarkan kembali minda dan badan kami semua..keputusan nak kayuh kat mana minggu ni dibuat di saat2 akhir...sebab ada byk cadangan drpd ahli:)

Akhirnya keputusan pun dibuat..kami berpecah untuk minggu ni..1 team akan ke Fun Ride MPAJ & Kemensah dan 1 team lagi ke Altantuya Trail (Trail ni aku yg bagi nama sendiri sebab akan lalu tempat Altantuya kena bom dulu2 tu)

Aku, En Yus, Sepul & Roskam ke Altantuya Trail (En Azam kensel last minit) dan 1 team lagi, Mazli, Azrul & Nazri ke Fun Ride MPAJ ngn Kemensah..Geng lain semua balik kampung...So macam biasa janji pukul 8 dekat mamak Alam Budiman untuk bekfes...8.30pg kami gerak..tapi kali ni kami tak parking kat Alam Budiman..kami decide untuk parking kat simpang nak masuk trail Altantuya tu..

kat sinila kami parking..Roskam tengah pasang tayar depan dia:)

Lepas dah redi semua, kami start dengan kayuhan..ini adalah trail baru untuk kami..sebelum ni asyik baca dalam blog org lain je kan..kali ni,kami nak merasa sendiri kehebatan taril ni
Inilah laluan masuk ke trail tersebut

tapi sebelum kami mula masuk trail altantuya tu, kami decide untuk panaskan badan dulu dengan masuk trail yang boleh view empangan Syabas (Tempat tadahan air untuk warga Selangor..hehe)

Tapi bila jejak je trail tu, bukan lagi leh panaskan badan, tapi leh lemahkan badan juga sebenarnya..haha..kat bawah ni ada sikit gambar2 kat trail tu:

 Sepul ngan En Yus tengah kurangkan angin tayar





awas!!!Ada halangan di depan kamu Roskam

Boleh tahan gak kan trail ni base on gambar2 yang aku letak kat atas tu?..okeh..dah boleh consider panas badan dah...so misi menawan trail Altantuya pun bermula...tapi bermula dengan langkah kiri nampaknya kami sebab awal2 lagi dah jumpa bukit yang tinggi dah..haha

Inilah bukit yang menyambut kedatangan kami..

Lepas ja dari bukit ni, kami dah mula jumpa jalan offroad...lebih kurang 500m lepas bukit ni, kami dah jumpa tempat yang dipercayai menjadi tempat pengeboman Altantuya (Sebab tu aku namakan trail ni sebagai trail Altantuya..hehe)

 Inilah tempat yang pengeboman tersebut..aku tak pasti tau..dgr org ckp ja..so jgn percaya sgt




Okeh..kat bawah ni ada lagi gambar2..boleh tgk dan bayangkan keadaan kami kat atas sana tu..boleh tgk ada yang uphill dan downhill..sama byk ja














Berdasarlkan gambar2 kat atas, Anda semua boleh nmpk kepayahan yang kami redah demi untuk aktiviti yang menyihatkan badan ni..hehe..akhirnya kami sampai gak kat tempat yang panoramanya sgt indah..indahnya sebab boleh nampak jalan balik..hehe..dan boleh nampak sekali permandangan Bukit Ramlee..ada kat bawah ni ha gambar2 tu





Lepas dah bergambar dengan penuh kepuasan, kami teruskan kayuhan..kali ni kayuhan untuk balik...kami decide untuk balik ikut jalan raya...sebab dah tak larat kalau nak redah balik jalan kami dtg td..tapi sebelum sampai jalan raya, masih ada downhill dan uphill yang kami kena redah dulu...sangat menarikla trail ni..sgt dicadangkan untuk anda semua try trail ni..kat bawah ni ada sikit gambar2 sebelum dan masa kami nak naik jalan raya untuk balik










Sebelum sampai tempat kami parking keta, ada 1 kedai jual air dan laksa..mestila singgah dulu kan...pekena apa yang patut..penat wooo redah trail altantuya..so tak salah kami nak isi perut balik..haha



Lepas dah agak kenyang, so kenala balik kan..masa nak gerak g kat keta tu, baru perasan tayar belakang Roskam pancit..nasib baik dah dekat sgt ngan keta..so menolakla abg Roskam kita sampai ke kereta...nak tukar tiub kat kedai je katanya..mudah..hehe
 Roskam menolak basikal kesayangan beliau
semua siap2 nak balik dah

Bila sampai je kat rumah aku terus basuh beskal...sbb dah teruk sgt nampaknya..penuh dengan selut dan tanah merah..kat bawah ni gambar beskal aku lepas dah melalui proses pensucian jiwanya..haha
Ini adalah laluan kami..boleh guna sebagai panduan untuk mereka yg nk cuba

No comments:

Post a Comment