Kali ni aku nak cerita plak pasal kayuhan kami kat Kemensah Trail. Kemensah ni untuk sesiapa yang xtau, lokasi dia senang ja..amaik ja lorong kat sebelah Zoo Negara tu. Nak start kayuh dari situ pun boleh tapi kalau xmau, leh bawak keta masuk ke dalam. drive lebih kurang 2 atau 3km je ke dalam
So pada 17/3/2013 (Ahad), Aku, En Yus, En Azam, Mazli, Roskam, Syaufiq & Nazri pun bergerak ke sana. Janji jumpa kat depan Zoo dan bekfes kat situ. Lepas tu ramai2 gerak masuk dalam Kemensah sama2.
Berkumpul dekat depan Zoo Negara dulu
Antara menu kegemaran salah sorg ahli Ambiyak Rider
Lepas perut dah cukup beralas, semua bergerak masuk ke dalam Kemensah. Bila sampai kat dalam tu, parkingla dulu kan..kena bayar rm3 tau..Mazli ngan En Azam terus p sewa pondok yg ada kat situ..Dorg bawak famili..so sementara tunggu abih kayuh, famili leh lepak2 situ sambil tengok anak2 mandi manda kan...
Lepas bawak beskal turun, ada tugasan menanti Mazli...En Azam mintak dia tlg tukarkan tayar..hehe
View dari angle lain plak:)
Bila semua dah redi, kayuhan pun bermula..kat bawah ni ada sikit gambar di awal pengayuhan kami..hehe
Gambar2 kat atas tu masa baru nk mula kayuh..lom start berpeluh pun lagi..Lebih kurang 2km kot dari tempat kami bergambar tadi, ada simpang ke bamboo trail..ni 1st time kami semua nak try laluan nih..aku gambarkan sikit jela trail ni k..yang len biar gambar yang ceritakan..trail ni boleh tahan gak mencabar di awal ngan pertengahan kayuhan..ujung2 tu dah ok jalan dia...siap ada mini air terjun lagi kat hujung trail ni..tu yang buat best..okeh, gambar mcm kat bawah ye..
Boleh tahan banyak gak kan gambar2 yang aku letak nih..Lepas dah abih melayan bamboo trail ni, kami pun terus ke Sofea Jane Water Fall..MAzli ckp trail ni lagi mencabar..sebab dia dah penah sampai situ..sebab apa nama waterfall tu Sofea Jane aku sendiri pun xpasti..kenala tya org yang bg nama tu kan..hehe
Tapi memang betul apa yang Mazli cakap..trail ni mmg agak mencabar..ditambah plak laluan ni dikongsi dengan laluan ATV & Scrambler kan..so jalan dah agak rosak dan licin..so perjalanan pergi ke waterfall tu jadi susah..kebanyakkan masa memang menolak jela beskal kan..tapi sangat best bila dah sampai kat water fall tu..sangat cantik..terasa berbaloi berpenat lelah kayuh ke situ..maybe gambar2 ni leh membantu anda yang tak pernah sampai untuk bayangkan keadaan yang aku cerita nih:)
Tersangatla cantik permandangan kat waterfall Sofea Jane ni kan..maybe sbb tula nama dia Sofea Jane..tapi cantik ke Sofea Jane nih?haha...memang tersangat puas bila dah smpai kat sini..masing2 mandi dengan gembiranya...segarkan balik badan kan..agak lama kami kat sini..rasa macam xmau balik ja..tapi ada 1 sebab ja yang buat kami rasa nak balik..perut lapa...haha..lapa weh..penat kayuh plus penat berendam kat waterfall ni...so perjalanan balik mmg xde gambar yang kami snap..masing2 nak cepat sampai..nak makan kan..tp masa perjalanan balik tu, mmg ramai yang jatuh..mcm aku cerita tadi, sbb laluan agak licin..tapi balik mmg xperlu tenaga sgt..sbb 80% perjalanan adalah downhill..
Sampai je kat bawah, terus cari kedai makanla kan..gila lapa..Roskam ja makan makan 2 pinggan (Charketiaw ngan Mee Goreng)..haha..sori Roskam..bocor rahsia...mmg tambah balikla kalori yang dia kayuh tadi..untuk penutup, aku tunjukla sekeping 2 gambar masa kt tempat makan tu kan..kepada anda semua yang masih belum try trail kemensah ni, sy cadangkan anda pergi..Terima kasih sbb membaca:)
Beskal susun cantik je kan..walaupun perut lapa, kami masih mengamalkan nilai2 murni semasa parking beskal..hehe










































No comments:
Post a Comment