Kali ni aku nak cerita pasal kayuhan malam di Putrajaya plak. Aktiviti ni dibuat pada 2/2/2013. Masih mengekalkan bilangan ahli sebanyak 3 org tapi kali ni org lain plak. Aku, wife aku dengan Nazri plak kali ni
So lepas dah berjanji, kami decide untuk jumpa kat masjid Putrajaya pukul 9malam. Senang janji jumpa kat situ sebab semua orang tau masjid tu kat mana. Nazri dari Bukit Antarabangsa dan aku dengan wife dari Shah Alam
Jadi pada pukul 9 mlm plus minus 15 minit gakla kami pun start berkayuh. Kayuhan start dari masjid Putrajaya, preseint 1 melalui presint 2, presint 3 (lalu depan mahkamah yang cantik tu, presint 4 sampaila ke presint 5 (PICC yang kita boleh banggakan sebagai rakyat Malaysia). Lepas dah dapat naik bukit kat PICC tu, kami berpatah balik. Tapi sampai di presint 4, kami amik trek underground..hehe..trek ni kena ikut jalan bawah untuk pusing tasik Putrajaya yang cantik tu.. Kayuhan Putrajaya ni sebenarnya taklah mencabar sangat. Tapi sangat sesuai untuk beginner2 mcm kami ni untuk amik stamina
Lebih kurang pukul 11 malam kayuhan kami pun dah tamat. sekejap je kan:) Tapi aku dan Nazri terus set untuk kayuh plak pagi esok..ke Bukit Ramlee..hehe..kat bawah ni sedikit gambar untuk kayuhan malam tu
Ini adalah laluan kami pada malam tersebut
Aku bersama wife tercinta:)
Panorama malam di Putrajaya
Wife aku bergambar berlatar belakangkan Jambatan Putrajaya yang indah:)





No comments:
Post a Comment