Wednesday, 13 February 2013

Kayuhan ke Bukit Ramlee #1

Ini merupakan cubaan pertama aku dan kawan2 untuk kayuhan offroad. Lepas dah puas bincang2, so pada 28/1/2013, aku, En Yus (Manager aku) dengan Sepul pun decide untuk try kayuh ke Bukit Ramlee.
Tepat jam 8pagi, kami dah kumpul kat Alam Budiman. Parking je keta, terus bekfes dulu:) Lepas sejam melepak kat mamak tu, kayuhan kami pun bermula.
Kayuhan bermula dengan penuh semangat. Maklumla baru lepas pekena roti canai. Tapi kayuhan pertama kami ke Bukit Ramlee tersangatla mencabar. Tak sampai 4km lagi, nah..terbentang tinggi jalan berbukit bukau di depan mata kami
Berenti rehat lepas harungi Bukit yang pertama..hehe

Tapi orang dulu2 cakap, perjuangan harus diteruskan. Jadi kami gagahkan jugak mengayuh. Alang2 dah nak try sangat offroad kan..hehe..Punyala penat mengayuh. Sempat jugak tahan oarang yang lalu lalang. Tanya jauh lagi ke Bukit Ramlee..hehe

Akhirnya, penantian kami berjaya jugak. Lepas dah naik turun bukit lebih kurang 4 kali kot, kami pun sampaila ke kaki Bukit Ramlee ni. Sampai ja kat kaki Bukit Ramlee, semua dah penat. Peluh takyah cakapla kan..hehe
Inilah keadaan En Yus dengan Sepul kat kaki Bukit Ramlee

Oleh sebab aku nak gak tengok Bukit Ramlee ni macammana, aku pun gagahkan jugak diri untuk naik atas sikit..Sorang2 tau..hehe..
Setakat ni ja yang aku mampu sampai

Tapi semangat aku pun tak cukup tinggi bila dah sorang2 ni. Aku mampu smpai setakat signboard pertama Bukit Ramlee ja..Hajat nak sampai at least dekat RnR dia tak kesampaian gak.

Lepas tu aku turun balik ke port En Yus dengan Sepul berehat then proceed balik ke Alam Budiman. Kayuhan pertama ke Bukit Ramlee ni bolehlah aku simpulkan sebagai tidak berjaya..hehe

No comments:

Post a Comment