Saturday, 6 April 2013

Kayuhan @ FRIM, Kepong #4

Tarikh: 6/4/2013
Masa: 8.30am - 1.00pm
Tempat: Frim, Kepong
Riders: Aku,En Azam,En. Yus,En Wan,Roskam, Hosni, Syaufiq & Daus aka Don

Salam Ambiya' Riders..Hujung minggu datang lagi..hujung berminggu bermaksud berbasikal..haha..Hari ni spesel sikit sbb kami menerima sorg ahli baru..jeng2...memperkenalkan En Wan:)

Lokasi Frim dipilih sempena menyambut ahli baru Ambiya' Rider...sambutan ni takde tiup2 belon...cuma makan nasi kerabu/nasi lemak..lepas tu kayuh..hehe..pukul 8.30 am kami semua dah ada kat Frim..mcm biasa..alas perut dulu
mari mengalas perut dulu..Roskam tak makan..takut muntah kot

Ada aktiviti senamrobik plak kat sebelah tempat makan

basikal mesti parking baik2..En Wan tgh final check beskal beliau



Perut dah kenyang..Jam pun dah tunjuk pukul 9am...kena stop sudah mkn2..proceed untuk kayuhan plak..sebelum kayuh mesti bergambar ramai2 dulu kan...
 

Kayuhan bermula dari tempat parking menuju ke Rover Track..Rover Track ni kena masuk ikut masjid..rasanya ramai yang tau track ni...untuk yang belom tau, track ni banyak pendakian..bukan pendakian yang extrem...cuma akan bertukar jadi extrem kalau baru nak belajar kayuh..haha..kt bawah ada sikit gambar kat Rover Track nih..











Agak lama kami kat Rover Track ni..banyak kali gak berenti..abih ja track ni, kami decide untuk mendaki ke Syabas Trail..Kalau nak ke Syabas trail senang ja panduan dia..follow signboard Loji Pembersihan Air Kepong..kat bawah ni aku letak gambar cammana rupa bentuk signboard tu








Untuk mereka2 yang masih belum mencuba laluan ke Syabas Trail ni, aku cadangkan korg cuba...memang berdenyooootla sebelum nak smpai ke Syabas Trail tu..ni bukan nak menipu...tapi cuba tgk bukti kat bawah ni
 haha..terlentang En Wan..En Azam tgh bagi CPR

Sekali pancit plak tayar belakang beskal En Yus

Kali ni 1st kami alami sendiri pengalaman tayar beskal pancit..nasib baik En Azam bawak tiub spare..tapi dia jual dgn harga RM50..tak tau En Yus dah bayar ke belom..haha..kat bawah ni ada gambar aktiviti menukar tiub tayar beskal En Yus






Lepas dah abih proses tukar tiub tu, kami sambung perjalanan..depan tu sikit je dah jumpa Syabas Trail..Syabas Trail ni untuk sesiapa yang tak tau, merupakan trail yg agak landai..tapi akan jumpa gak 2 bukit yang mana para riders terpaksa menolak:) tak percaya gak?tgk gambar kat bawah ni








Syabas trail ni menghubungkan plak kami dgn Pacat Trail..kenapa pacat?sbb mmg byk pacat kat laluan nih..baru ja jumpa signboard Pacat Trail, dah ada pacat yang singgah ke kaki..kaki..Pacat Trail ni menyambut kami dengan lauan downhill yang agak ekstrem...kami menolak je turun masa awal2 lauan tu..Roskam sorg ja yang berani nak downhill ngan beskal dia...tu pun dah nyaris2 nk ke gaung..nasib baik ada pokok yang menjadi penyelamat..haha..kat bawah ni ada sikit gambar masa kat Pacat Trail nih







Abis je meredah Pacat Trail ni, kami terus ke Bukit Steroid...Kali ni tak byk gambar kat Bukit Steroid..kalu nk gambar mintak kat En Wan (okeh dah dapat dari En Wan..boleh tgk kt bawah ni)..aku ada sekeping ja kot..tu pun snap masa singgah beli air kat kaki bukit steroid tu





Xyah nak cerita byk sgt pasal bukit steroid ni kan..sbb ramai yang dah tau pasal bukit ni..paling femesla kan bukit ni kt Frim..Lepas ja setel melayan Bukit Steroid, kami ke Pinus Trail..Laluan ni best..Teduh dan mempunyai pemandangan yang cantik..ckp byk xguna...tgk sendiri gambar2 kat laluan nih








Pinus Trail ni xpanjang sgt sebenarnya..kayuh jap je dah leh jumpa Pinus Peak Trail plak..Trail ni sebenarnya yang paling menguji ketahanan mental..lauan dia adalah totally mendaki dari bawah smpai atas..non stop bang...kalau nk merasa, singgahla kat trail ni..gambar ada kat bawah ni kalau nk tgk
















Lepas melayan Pinus Peak Trail nih, kami pun kayuh balik ke kereta..balik ikut Trail Tongkat Ali...aku mmg langsung tak snap gambar masa perjalanan balik..sebab tayar depan aku pancit..nasib baik angin dia dia keluar sikit2..so aku pun pecut ja balik..sblm tayar betul2 flat..nanti kalau ada ahli yang bagi aku gambar, aku tambah kat sini ye..

Sekian, terima kasih sebab sudi membaca..actually tak yah baca sgt..tgk gambar2 yg aku letak tu je..lagi best:) ....kat bawah ni aku letakkan map laluan kami..boleh digunakan sebagai panduan..hehe

No comments:

Post a Comment